Monday, December 19, 2011

abah, kuatkan semangat..
JAngan putus asa..
This is not the ending.

Andai air mata ini mampu disukat....
yaALLAH tabahkanlah hati kami

Sunday, December 11, 2011

BLUR

"Kau buat aku terasa macam nak nangis"

Apa perasaan awak bila ada orang cakap macam tu kat awak?
I've been over the limit? Do i?


mood: MACAMNAKTERIAKKUATKUATKATBELAKANGBLOKSAMBILNANGISSEPENUHPERASAAN

Saturday, November 12, 2011

13/11/11

ehem *ttbe btulkan suara
ok tukar mode gaya bahasa baku.

Alhamdulillah, tepat pukul6.30 tiba di kk1 pada pagi ahad yakni pagi tadi. Mata saya atau memang suasana yang redup pagi tadi saya tak tawu menyelubungi kk1. Perlahan2 saya angkat beg. *sebab berat kot?Pergh. Saya amati setiap blok.
Entah saya tak pasti apakah makna atau perasaan hati ini. Sayu?perit?sepi?
Sumpah, saya tak tawu. Sila jangan tanya.

Flash back malam tadi;
Jam 7:55malam. Hati saya sangat gelisah. Mungkin sebab takde kawan kot nanti nak naik bas pasni,KOT. Cuba menyedapkan hati. Walhal, mata dah mula basah. Tetibe je basah, haisy.agak2la. Pergi USIM je pun.Salam umi, ok bertahan. Awak kuat. Salam abah. ok abah sangat kurus. Lepas ni, abah sila jaga kesihatan. ok tipu,xtercakap pun. Salam azim. Azim buat gaya lucu peluk tak nak lepas. ok saya pandang tempat lain. Xsanggup nak 'ketawa' tengok Azim buat lawak.

Kisah atas bas tak payah cakaplah. Lepas naik terus call. Bas lama xgerak2, call balek. Bas baru start gerak, call jugak. Suka hati awk lah nk tengok pelik ke tak. Saya tak kisah.

Abah, jaga kesihatan...
Saya jenis orang yang tak reti nk menunjukkan perasaan. Maafkan saya. T.T kalau saya tak tunjuk saya peduli atau yang sewaktu dengannya. Saya sangat menyesal.

Umi,
semua benda umi bagitawu tu semua betul.
Saya salah.
Tanpa umi, saya tak tawu siapa lagi yang sanggup bersabar dengan orang yang mungkin pelik macam saya. Sanggup dengar cerita ntah hape2, sanggup buang masa semata mata nk explain kt saya yg blur pasal peta negeri kelantan sendiri sampai makanan atas dapur hangit, sanggup walaupun letih jahit jubah saya yang koyak, sanggup tolong saya kemas beg2 walaupun sangat letih. ALLAH, umi maafkan saya.

Nani,
buat terbaek spm.
Mg rajen. sgt2 rajen berbanding aku. Walaupun esok ada test, mg still duduk di dapur tolong umi sediakan makan minum. Mg buat semua benda yang orang suruh tanpa merungut. Aku kagum sangat dgn mg. Sebab mg tak macam aku. Insya ALLAH, ALLAH akan tolong mg. Aku doakan mg berjaya di dunia dan akhirat. amiin.

ok dah. cukup.
tak tertahan dah rasanya.
Jaga diri.

Monday, October 31, 2011

erti hidup





its true.


p/s: Saya xreti nak jaga perasaan orang terutama terhadap kaum awk. maafkan saya. Blame me. The effect; sy xdpt tidur. Balasan kan? mekaseh

Friday, October 14, 2011

Jumaat,petang

Alhamdulillah
Masih diberi kesempatan olehNYA untuk masih meneruskan sisa2 hidup yang berliku di KK1.

Malam ini, insyaALLAH di DKP3 USIM akan berlangsungnya PALESTINE TALK. Dan seperti sebelum2 ini jua, saya cuba untuk menghadirkan diri. Majlis ilmu, kawan2. Tapi kalau time table kelas clash dengan program, itu masalah lain lah kan. Disamping itu, sahabat2 di Pandan juga turut serta, maka wajarlah kita meraikan mereka. keh3.

Oh, bercakap soal majlis ilmu; teringat pula the-so-called majlis ilmu group Food Biotechnology(FB) yang berjalan setiap rabu after kelas Dr Hafez. Saya agak sedikit ternganga *tetapi masih dalam keadaan sopan* saat seorang hamba ALLAH ini yang pada mulanya nampak sangat2 biasa dan maybe boleh dikategorikan tiada yang menarik melainkan biasa2 sahaja namun ketika saat dia berbicara memulakan tazkirah tersebut mind set saya terus 360 darjah berputar. Fasih, lancar, yakin dan berkemungkinan besar beliau adalah Hafiz. Kagum dengan ilmu yang beliau ada. Dan terselit dalam hati "Andailah aku mampu jadi sepertinya...."
Serius, saya sangat berharap mampu jadi sebaik mereka2 yang mampu mengingati Ayat2 suci al quran dan hadis nabi dengan lancar dan fasih...

Dan, hari ini ada listening test *perlu ke bagitahu?
Soalan agak mudah tapi biasalah, i've got problem with pair of my ears. Sound trouble kot sebab tulah MUET dapat markah listening separuh je dari markah penuh. So jangan marahkan saya andai ada yang terpanggil saya dan saya terr'ignore'. Orang cakap masalah ni related dengan peningkatan power spek. Ntahle labu. As long as saya masih boleh dengar, selagi tulah saya rasa itu bukan masalah. *Ignorant*
Dan kelas English saya dihandle oleh seorang Sir yang sangat UNIK kot. entah. Teringat sir ARHO bila tengok Sir Ridwan sebab kedua duanya macam ada banyak persamaan. Bezanya; Sir ARHO treat you like his daughter/son dan Sir Ridwan treat you as his friend. dan kedua2nya sangat humour. Dan saya mula membuat konklusi; Johorean memang Humouros people eh?


Yeay dah nak cutiiiii~