Alkisahnya tesingkaplah kembali kenangan lama. Ni hanya cebisan kisah dedolu. Tak berbekas pun kat hati. Langsung. Ada yang lagi pedih. Pedih sungguh. Tapi tak sepedih kisah kisah orang lain. Eh aku ada kisah jugak rupanya ye. Hey I used to be kid-the miserable one, also meh. Tapi malas nak menyingkapnya kembali ke alam maya. Biar tersisip kemas dalam lipatan kenangan pergghhhhhhhh. Ayat kau kelas jah. Tapi serius, aku tak pernah mengenali, terjebak, terperangkap, terjerumus, tergelencoh dan ter-ter yang lain setakat ni dalam arus the so-called CHENTA. Tak dapat nak klasifikasikan haa yang ni namanya chenta dan yang ni namanya bukan chenta. I'm ignoring all the facts about it. 'Cause does it matter? at that time laa. Of course. Reject mereject, confess bagai aku tak layan. Bukan apa, time tu aku rasa aku taknak sama dengan orang lain. Orang berchenta kita pun nak berchenta jugak. Aku just rasa taknak. Takde sebab lain.
Tapi hidup tak selalu cerah. Lagi kita lari dari benda tu lagi kita kuat diuji. Kita duk kutuk sesedap hati orang bercouple dan bila Allah uji kita baru ternganga dan lari tak cukup tanah haa amekaw. Riak lagi. Bila orang nak, kita kunun taknak. Tapi bila orang taknak kita rasa eh naklah pulak. Haa rasa nak facepalm kan? Pang!3x. Tapi takpelah orang cakap pengalaman mematangkan usia. Dah tak kesah bila orang cakap aku ni feelingless ke kayu ke apa sebab? Sebab memang betul pun aahaha. Gelak gulingguling.
Kadang kadang aku pikir, orang kapel ni lebih elok dari orang orang yang tak kapel macam aku khususnya. Haa jangan cepat melatah. Lek bro dengar dulu penjelasan aku. Bagi aku, pikiran dorang dah tak payah nak pikir hai sapalah bakal imamku dan tak perlu dah nak usha2 lelaki kuliah sebelah yang ensem2 ke yang soleh ke (aih macam ada pengalaman je haha) Seriously. Hati mereka dah tak mudah terusik kalau ada lelaki tegur ke senyum ke dan tak mudah nak cair bagai kalau berhadapan dengan situasi2 tersebut. Pandangan mata mereka dah terjaga. Bagi aku. Mengikut pemerhatian aku.
Dan aku jugak lupa, memang mungkin mata mereka terpelihara. Mungkin. Tetapi hati mereka bagaimana? Hanya Allah yang tahu......Allahu'alam. Dan kita tak selalunya betul. Kena selalu perbaiki diri. Aku banyak sangat silap dan salah. Selalu terignore perasaan orang. Tak ambik port. Tak sensitif. Kadang kadang aku rasa aku tak layak untuk dapat orang yang baik sebab aku sedar diri. Siapalah aku. Kalau diorang tahu aku ni macam mana sebenarnya mungkin diorang akan menyesal.
Both of my sisters, straight away kawen lepas grad. Itu membimbangkan aku. What if aku still tak kawen lepas grad? What if still takde orang nak?
Alia: Baik sangka dengan ALLAH. Bukti dah depan mata, awak still ragu2?
SHOOT!
"Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu". (Al-Baqarah: ayat 216 )
Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Nabi saw. bersabda : “Allah Ta’ala berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu". (HR Bukhari).
Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Nabi SAW berkata tiga hari sebelum wafatnya : "Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (HR Muslim)
Baik sangka, menurut Abu Muhammad al-Mahdawi, adalah membuang prasangka buruk (qath’ul wahm)
Yang ada pada kita hanyalah DOA. Keep praying. Let ALLAH decides the rest and the best for us. Mohon ALLAH still jagakan hati ini lagi. Till then(:
p/s: post ini sangat kool. heheh.
3 comments:
yeah cool enough. think so. btw kakak mina yg ex-usim pun da kawen?ke dua-dua ex-usim? heheh. yg kos fb jgk.
like this entry so much..
dah ada gaya cam aiman azlan~
aha~
@farah k, akak sy yg usim fb dah kawen(:
@pqoh: nganyimmmmmmmmmmmmmm
Post a Comment