ehem *ttbe btulkan suara
ok tukar mode gaya bahasa baku.
Alhamdulillah, tepat pukul6.30 tiba di kk1 pada pagi ahad yakni pagi tadi. Mata saya atau memang suasana yang redup pagi tadi saya tak tawu menyelubungi kk1. Perlahan2 saya angkat beg. *sebab berat kot?Pergh. Saya amati setiap blok.
Entah saya tak pasti apakah makna atau perasaan hati ini. Sayu?perit?sepi?
Sumpah, saya tak tawu. Sila jangan tanya.
Flash back malam tadi;
Jam 7:55malam. Hati saya sangat gelisah. Mungkin sebab takde kawan kot nanti nak naik bas pasni,KOT. Cuba menyedapkan hati. Walhal, mata dah mula basah. Tetibe je basah, haisy.agak2la. Pergi USIM je pun.Salam umi, ok bertahan. Awak kuat. Salam abah. ok abah sangat kurus. Lepas ni, abah sila jaga kesihatan. ok tipu,xtercakap pun. Salam azim. Azim buat gaya lucu peluk tak nak lepas. ok saya pandang tempat lain. Xsanggup nak 'ketawa' tengok Azim buat lawak.
Kisah atas bas tak payah cakaplah. Lepas naik terus call. Bas lama xgerak2, call balek. Bas baru start gerak, call jugak. Suka hati awk lah nk tengok pelik ke tak. Saya tak kisah.
Abah, jaga kesihatan...
Saya jenis orang yang tak reti nk menunjukkan perasaan. Maafkan saya. T.T kalau saya tak tunjuk saya peduli atau yang sewaktu dengannya. Saya sangat menyesal.
Umi,
semua benda umi bagitawu tu semua betul.
Saya salah.
Tanpa umi, saya tak tawu siapa lagi yang sanggup bersabar dengan orang yang mungkin pelik macam saya. Sanggup dengar cerita ntah hape2, sanggup buang masa semata mata nk explain kt saya yg blur pasal peta negeri kelantan sendiri sampai makanan atas dapur hangit, sanggup walaupun letih jahit jubah saya yang koyak, sanggup tolong saya kemas beg2 walaupun sangat letih. ALLAH, umi maafkan saya.
Nani,
buat terbaek spm.
Mg rajen. sgt2 rajen berbanding aku. Walaupun esok ada test, mg still duduk di dapur tolong umi sediakan makan minum. Mg buat semua benda yang orang suruh tanpa merungut. Aku kagum sangat dgn mg. Sebab mg tak macam aku. Insya ALLAH, ALLAH akan tolong mg. Aku doakan mg berjaya di dunia dan akhirat. amiin.
ok dah. cukup.
tak tertahan dah rasanya.
Jaga diri.