Thursday, June 20, 2013

Judging



This. 
Sangat terasa. 
There's a story. And it just happens before my eyes. So don't judge a book by its cover. (Lame? yah but its soo true)
And maybe we can say don't judge a person with their appearances. Maybe? Partially acceptable. 
Judging.. that's what we always did in the first place. 




Forgive me, Allah. 









p/s: EXAM MODE TURN ON. MENGANTUK GILA DUK KAT LIBRARY NI HAIH.

Tuesday, June 4, 2013

Of kelantan and key ell

"Belarok tu ape ya?" tanya Nina, si budak key ell. Alia, bachok pure, tak bagi jawapan. Diam membisu. Berfikir.
"Yaaa, belarok tu apeee?" laung Nina. Naik satu oktaf kali ni. Geram mungkin tiada jawapan.

"Hmm. belarok. Berarak kot" waswas jawapan diberi.
"Haa?"
"Tak tak, perarakan." Hmm Alia berpuas hati dengan jawapan yang diberi.
Nina, si tulus suci tercengang cengang. Mungkin sedang mencari relation belarok dan perarakan dan kenduri. Hmm.









#belarok translate to bahasa baku mende wei.





p/s: I think I will turn my blog to private next time. Maybe.

Sunday, June 2, 2013

Pfft

"Alin, minum tak air guava?" Laung Siti. Alin jawab tak. Aku hanya tengok situasi ni.

"Siti, awak tak pernah pun tanya saya air apa saya suka, makanan apa saya tak suka. Kan?" merajuk. Buat-buat muka sedih. Tacing lak aih.

"Ada ke makanan awak tak suka? Bukan awak makan semua ke"
"Ha ah. ye tak ye jugak"







Case closed.

Wednesday, May 29, 2013

Si kotak

Ada satu kisah. Kisah Baba yang tercampak ke satu daerah yang sangat asing baginya. Namun lama-kelamaan Baba bertemu Bibi dan Bubu. Kedua-duanya comel-comel belaka. Baba baru menyedari hakikat tersebut. Antara mereka bertiga, Baba terasa dirinyalah yang paling biasa-biasa. Paling teruk mungkin. Paling serabai mungkin. Eh?
Lama kelamaan, cukuplah sepurnama persahabatan mereka bertiga. Dan rupa-rupanya hati Bibi telah dimiliki. Dimiliki oleh jejaka kampung seberang. Tinggallah Baba dan Bubu berdua. Baba terlupa, Bubu merupakan hotstuff juga ditempatnya itu. Tidak lama selepas itu Bubu pula telah dilamar hatinya. Tinggallah Baba bersendiri. Dekat tapi jauh. Ada tapi tiada. Baba sedihkah? Baba kecewakah? Baba, hm? Baba sendiri tidak mengetahui apa yang terkandung dalam perasaannya kerana mungkin Baba nampak heartless tapi hakikatnya Baba amatlah fragile.






oh, nilah Baba, si kotak buruk. Okay babai Baba. 

Monday, May 27, 2013

Monolog

"Kalau ada jodoh, takkan kemana. takkan leh lari" hati berbisik.



Gila! Tampar2 muka. Apa aku cakap ni. Takkanlah..cuak.